Ragam Kewujudan Emas

Oleh kerana secara relatifnya, emas bersifat lengai secara kimia, emas sering kali dijumpai dalam bentuk aslinya, kadang kala dalam bentuk gumpalan besar, tetapi pada kebiasaannya dalam bentuk serpihan kecil di dalam mineral, kuarza, sabak, batuan metamorfik dan dalam longgokan aluvium yang berasal daripada punca-punca tersebut. Emas tersebar dengan meluas, dan biasanya bercampur dengan mineral kuartza atau pirit atau bercampur dengan telurium dalam mineral petzit, kalaverit dan sylvanite. Emas diasingkan daripada aluvium melalui teknik pelombongan menggunakan dulang.

Sejak tahun 1880-an Afrika Selatan telah menjadi sumber kepada dua pertiga bekalan emas dunia. Bandar Johannesburg dibina di atas jumpaan emas terbesar di dunia. Kawasan lombongan emas di Negara Bebas Oranye dan Transvaal adalah amat dalam dan kawasan ini merupakan kawasan perlombongan terdalam di dunia. Peperangan Boer 1899 - 1901 di antara orang British dan orang-orang putih Boer sebahagiannya berpunca daripada hak pelombong dan pemilikan emas yang kaya di Afrika Selatan. Lombong-lombong di Dakota Selatan dan Nevada membekalkan dua pertiga daripada emas yang digunakan di Amerika Syarikat.

Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis. Logam ini terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg per tan bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini, tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.

Emas bukan sahaja penting kepada industri dan kesenian, ia juga mengekalkan status istimewa di kalangan komoditi-komoditi lain sebagai stor simpanan nilai. Dijangkakan bahawa kesemua emas di dunia yang telah ditulenkan boleh membentuk sebuah kiub berukuran 20 m (60 kaki) pada setiap sisi.